Hotel Amari Beroperasi Di Iskandar Malaysia Akhir Tahun

By March 18, 2016 Uncategorized No Comments

JOHOR BAHRU: Hotel Amari yang diuruskan ONYX Hospitality Group (ONYX), kumpulan pengurusan hotel terkemuka Asia, bakal beroperasi di tengah bandaraya ini menjelang akhir tahun ini. Hotel Amari Johor Bahru adalah sebahagian projek Suasana Iskandar iaitu pembangunan komersial bersepadu¬†bernilai RM500 juta dimajukan oleh¬†United Malayan Land Bhd (UMLand), serta menjadikan kehadiran jenama Amari yang pertama di Malaysia. Presiden dan Ketua Pegawai Operasi ONYX, Peter Henley, berkata hotel membabitkan pelaburan RM200 juta itu merangkumi 242 bilik penginapan dan suite mewah selain spa, restoran dan bilik mesyuarat. “Kami bangga dengan kerjasama yang dijalinkan dengan UMLand bagi projek pembangunan hartanah Amari yang pertama di Malaysia. “Sebagai kumpulan hospitaliti berpangkalan di Thailand, kehadiran kami di negeri jiran yang paling hampir adalah satu kejayaan kepada kami. “Kami juga akan membangunkan dua lagi projek hartanah iaitu OZO Iskandar Medini dan Shama Medini dengan UMLand yang mana inisiatif ini menjadikan ia pelaburan terbaharu pertama di Malaysia dan Johor menjadi destinasi pilihan bagi ketiga-tiga jenama utama kumpulan,” katanya. Beliau berkata demikian pada majlis menyiapkan kerja projek Hotel Amari Johor Bahru di sini, hari ini. Ia disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong. Hadir sama, Pengerusi UMLand, Tun Musa Hitam dan Pengarah Urusan Kumpulan UMLand, Dennis Ng.

Leave a Reply